Tuesday, October 2, 2012

Untuk pengetahuan semua, anak saya Sufi sedang menyemai pokok malberi dan buluh perindu.Harga satu polibeg  bagi malberi RM8.00 dan buluh perindu RM15.00.Bagi yang berminat di sekitar Bentong, Raub dan Temerloh boleh datang sendiri ke rumah saya.Saya bertugas di SMK Karak.

Wednesday, November 9, 2011

Post kali ini saya ingin berkongsi aktiviti saya dan anak saya Sufi.Terdapat beberapa semaian baru yang anak saya lakukan.
Pokok apakah ini?


Pokok Buyu



Sarung cempedak saya buat dar daun kelapa

Stevia

Pokok harum manis cantum baji chaukanan


pokok chaukanan dicantum baji harum manis


Mempelam telur dicantum baji harum manis

Pokok zaitun


Pokok lada hitam

pokok berangan dari negeri China




Monday, October 10, 2011

2 minggu lepas anak saya Sufi(14)  mula menyemai benih epal besar berwarna merah.Dah pun mula bercambah.Saya pamerkan pokok nam-nam yang dikategorikan sebagai tumbuhan yang hampir pupus.
                                                  Anak epal besar merah berusia 2 minggu.


Anak pokok malberi berusia 2 minggu.

Pokok nam-nam yang berusia 15 tahun.

Thursday, September 29, 2011

Benih pokok malberi.

Saya dan anak saya Sufi sudah mula menyemai pokok malberi untuk di jual dengan harg RM8.00 sepokok.Seiapa yang tinggal di sekitar Bentong, Raub dan Temerloh boleh menghubungi saya kalau berminat nak tanam di dalam kawasan rumah.

Thursday, August 11, 2011

Aktiviti sampingan.

1.Saya masih lagi berjinak-jinak dengan pokok malberi, buyu, zaitun , keriang,chaukanan, harum 
   manis, stevia, markisa, pokok bernas(ubat kayap), lidah buaya, tomato, salak terengganau dan
 indonesia, kunyit hitam etc.
2. Hobi membuat sarung parang telah diambil alih oleh aktiviti menolong isteri menyiapkan tempahan
    kuih raya.

Harga Tumpi dan Mazolla berubah dari RM18 ke RM20.


Kerepek raya

Sempena Hari Raya Puasa ni kami menerima tempahan kuih kering untuk sesiapa yang berada berhampiran Bentong ,Karak dan Raub, Pahang.
Harga terkini:
1. Tumpi kacang tanah RM20.00/100pc
2. Tumpi kacang dal RM20.00/100pc
3. Tumpi kacang hijau RM20.00/100pc
4. Tumpi ikan bilis RM20.00/100pc
5. Mazolla RM20.00/105pc
6. Kuih tiram/lidah buaya RM16.00/1kg

Friday, August 13, 2010

Kerepek raya

Sempena Hari Raya Puasa ni kami menerima tempahan kuih kering untuk sesiapa yang berada berhampiran Bentong ,Karak dan Raub, Pahang.
Harga terkini:
1. Tumpi kacang tanah RM18.00/100pc
2. Tumpi kacang dal RM18.00/100pc
3. Tumpi kacang hijau RM18.00/100pc
4. Tumpi ikan bilis RM18.00/100pc
5. Mazolla RM18.00/105pc
6. Kuih tiram/lidah buaya RM16.00/1kg

Tuesday, March 23, 2010

Aktiviti sampingan.

Sebelah petang saya sedang berjinak-jinak menyemai dan menanam sikit-sikit di sekitar kawasan rumah anggur(sedang berbunga), markisa(sedang berbunga), malberi(sedang berbunga) vanilla, asparagus,tembikai,mempelam harum manis dan chaukanan cantum sisi+mempelam telur.Sekarang ni tak de camera digtal nak ambil gambar.Pakai handphone tak clear sangat.

Tuesday, September 15, 2009

Jualan kerepek hari raya

Harga yang di tawarkan oleh kami agak mesra pengguna.Tempahan untuk kerepek pisang, tumpi kacang hijau, t.kacang dal, t.kacang tanah, t.bilis, kuih tiram dan kuih siput di luar jangkaan.Sampai blog ini di tulis kami masih lagi membuat kerepek untuk tempahan.Kami mempunyai trade mark rasa yang tersendiri.Untuk raya haji kami menerima tempahan untuk sekitar Bentong,Karak, Raub dan Temerloh Pahang saja.Kami hanya buat makanan kering sahaja.

Thursday, January 22, 2009

Tahun 2009



Selamat tahun baru!Harga kuih frozen masih seprti dahulu.Ade tambah 1 produk iaitu semosa.Harga Rm2.00 jugak.

Tuesday, August 12, 2008

Gambar produk


sardine roll

pulut udang/panggang

kuih kacang



karipap





















Thursday, July 31, 2008

Kuih frozen
1. Karipap
2. Cucur badak
3. Cucur kacang/kasturi
4. Sardin rol popia
5. Pulut panggang/pulut udang

Harga setakat ini RM2.00


Cara-cara menggoreng kuih frozen.
1. Karipap
Nyahbeku lebih kurang 5 minit.Kemudian goreng dengan api sedrhana
sehingga warna perang muda.Jika masih lagi warna pucat karipap tidak
rangup untuk jangkamasa 8 jam.

Wednesday, July 30, 2008

Kerepek pisang sematu

Sedap......manis...... lemak......... Pisang sematu yang hampir masak isinya berwarna kuning lagi sedap dibuat kerepek.Pisang nangka boleh juga buat kerepek tapi minyak agak kotor sikit.
Kami jual runcit RM1.00 /60g.Esok 30.7.2008 kerepek pisang kami akan ke Sabah.

Statistik pengunjung setakat ini......